Keluar dari PKR S. Manikavasagam

Pada Oktober 2008 , Manikavasagam berhasrat melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri Selangor tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Malah menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober 2008. Dikatakan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media. Sebenarnya Syed Husin selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam menjaga keharmonian parti.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar. Manikavasagam tidak mahu rakyat ditipu lagi setelah 50 tahun tertipu. Wakil rakyat PKR dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP.